Tacx Training
-
Tunggang melalui laluan yang menarik tanpa meninggalkan rumah anda.
-
Cipta penunggangan, latihan anda sendiri dan banyak lagi.
-
Urus latihan anda, sesuaikan tetapan lalai dan buat diagnosis isu.
-
Segerakkan data latihan dalam bangunan anda dengan akaun Garmin Connect™.
-
Kemas kini perisian alat latih anda (Mengemas Kini Perisian Alat Latih).
Memasangkan Alat Latih dengan Apl Tacx Training
Pada kali pertama anda menjadikan alat latih berpasangan dengan apl Tacx Training, anda hendaklah menyambungkan alat latih kepada sumber kuasa luaran. Selepas berpasangan, alat latih dan apl bersambung secara automatik apabila anda memulakan tunggangan.
Status LED
Perubahan LED berdasarkan status alat latih dan jenis sambungan.
|
Aktiviti LED |
Status |
|---|---|
|
Putih |
Alat latih sedang aktif dan berfungsi dengan betul. |
|
Berkelip biru |
Alat latih dalam mod berpasangan Bluetooth. |
|
Biru |
Alat latih dikawal oleh peranti Bluetooth anda. |
|
Berkelip putih |
Apabila anda membangunkan atau menghidupkan alat latih, kelipan pantas menunjukkan status sambungan terbuka. Untuk maklumat lanjut, pergi ke garmin.com/connectiontypes. |
|
Hijau |
Alat latih dikawal oleh peranti ANT+® anda. |
|
Kuning |
Alat latih dikawal oleh Penyesuai Rangkaian Pintar Tacx (dijual berasingan). |
|
Berkelip sian |
Perisian alat latih sedang dikemaskinikan. |
|
Berkelip merah |
Menunjukkan ralat alat latih yang kritikal. Anda boleh menyemak apl Tacx Training untuk mendapatkan maklumat lanjut. |
Warna LED lantai berubah semasa latihan.
|
Aktiviti LED Lantai |
Status |
|---|---|
|
Biru |
Menunjukkan output kuasa rendah. |
|
Ungu |
Menunjukkan output kuasa sederhana. |
|
Merah |
Menunjukkan output kuasa tinggi. |
Menyesuaikan Tetapan Alat Latih daripada Aplikasi
Sebelum anda boleh mengubah tetapan alat latih, anda mesti menjadikan alat latih berpasangan dengan apl Tacx Training (Memasangkan Alat Latih dengan Apl Tacx Training).
